KELAS NADI X MAHIR – MAHIR FOTO MINGGU 13
6 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 6 April 2026 – Seorang peserta daripada warga tempatan telah menyertai Kelas Mahir Foto minggu ke-13 yang berlangsung di NADI Bengoh pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Sesi pembelajaran kali ini memberi fokus kepada teknik pencahayaan (lighting techniques), yang merupakan elemen penting dalam menghasilkan foto dan video berkualiti tinggi. Peserta didedahkan kepada penggunaan cahaya semula jadi serta cahaya buatan bagi mendapatkan hasil rakaman yang lebih jelas dan menarik.
Dalam kelas tersebut, peserta turut mempelajari perbezaan antara pencahayaan natural light dan artificial light, termasuk penggunaan peralatan seperti ring light, LED panel dan softbox. Selain itu, penekanan juga diberikan kepada teknik asas seperti kedudukan cahaya utama (key light) di hadapan subjek serta penggunaan reflektor untuk mengawal bayang-bayang.
Program ini merupakan sebahagian daripada siri latihan berterusan Kelas Mahir Foto yang bertujuan meningkatkan kemahiran fotografi dan videografi dalam kalangan komuniti setempat. Melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif, peserta berpeluang memahami konsep teknikal dengan lebih mudah dan praktikal.
Penganjuran kelas ini diharap dapat membantu peserta menguasai asas pencahayaan dengan lebih baik, seterusnya meningkatkan kualiti hasil foto dan video yang dihasilkan, sama ada untuk kegunaan peribadi mahupun profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: